Sabtu, 17 April 2010

Kebanyakan wanita menginkari hukum hijab



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Apabila disebut Hukum Hijab, kebanyakan kita terbayang akan wanita bertudung atau berjilbab. Tetapi ini Cuma sebahagian hukum didalam pengertian HUKUM HIJAB yang diperintahkan oleh Allah Ta’ala.

Didalam Syari’at Islam, HUKUM HIJAB adalah meliputi segala hukum yang berhubung dengan batasan2 wanita didalam menghadapi lelaki ajnabi (lelaki bukan muhrimnya)



PERTAMA : PERINTAH TINGGAL TETAP DI RUMAH

Seorang wanita beriman WAJIB tinggal tetap dirumahnya dan tidak dibenarkan keluar rumahnya kecuali ada urusan2 yang mengharuskannya. Ini berdasarkan perintah Allah Ta’ala :


وَقَرْنَ فِى بُيُوتِكُنَّ وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَـهِلِيَّةِ الاٍّولَى

“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu………….. “
[Al-Ahzab (33) : 33 ]


Zahir makna ayat ini ditujukan kepada isteri2 Nabi صلى الله عليه وسلم. Makna umumnya adalah di tujukan kepada seluruh wanita Islam yang beriman.


Berkata Qurtubi dalam mentafsirkan ayat…

وقرن في بيوتكن ولا تبرجن تبرج الجاهلية الأولى
Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu;

Berkata Al-Qurtubi:
Makna ayat ini menyuruh kaum perempuan sentiasa berada di rumah, walaupun ayat ini dituju kepada isteri-isteri Nabi, adalah sekalian perempuan termasuk di dalam makna ayat ini.
Maka Allah menyuruh mereka itu tingal di rumah kerana hendak memuliakan mereka itu. Allah juga melarang mereka tabarruj yakni berhias bukan kerana suami,


Berkata Ibnu Kathir :

Firman Allah “وقرن في بيوتكن ” ertinya hendaklah mereka itu sentiasa berada di rumah maka mereka itu tidak dibenarkan keluar kecuali perkara yang penting. Salah satu perkara yang disebut didalam ayat ini adalah solat di Masjid selama mereka mematuhi syarat2nya sebagaimana yang disebut oleh junjungan Besar Nabi صلى الله عليه وسلم :

«لَا تَمْنَعُوا إِمَاءَ اللهِ مَسَاجِدَ اللهِ وَلْيَخْرُجْنَ وَهُنَّ تَفِلَات»

(Jangan melarang mereka (wanita) pergi ke Masjid, tetapi hendaklah mereka pergi tanpa memakai wangi-wangian.) Menurut satu riwayat lain : “Walaubagaimana pun rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka”

﴿وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَـهِلِيَّةِ الاٍّولَ
(dan jangan tabarruj seperti di zaman jahiliyyah kamu) Mujahid Mengatakan : Wanita lazimnya keluar rumah dan berjalan dihadapan lelaki , dan ini adalah Tabarruj jahiliyyah.”

.'' Qatadah mengatakan :
“Apabila mereka (wanita) keluar dari rumah mereka, mereka berjalan tanpa perasaan malu dan didalam keadaan menggoda. Dan Allah melarang demikian”



Telah bercerita Sa’lab dan lainnya:

أن عائشة رضي الله عنها كانت إذا قرأت هذه الآية تبكي حتى تبل خمارها.
Sesunguhnya Aisyah menangis apabila dibacakan ayat ini kepadanya sehinga basah tudung kepalanya.
Telah berkata orang yang meriwayatkan cerita ini:
Demi Allah tidak keluar Aisyah dari pintu biliknya sehinga dikeluarkan mayatnya.


Berkata Ibnu A’tiyyah:

Aisyah menangis kerana musafirnya pada hari perang jamal, yang mana telah berkata Ammar kepadanya “sesungguhnya Allah telah memerintahkan kamu tinggal tetap di rumah.



Seluruh keterangan di atas memberikan penjelasan dan amaran kepada wanita2 beriman supaya tetap tinggal didalam rumah mereka kecuali perkara2 yang mengharuskan mereka keluar :




Tujuan2 yang mengharuskan seseorang wanita keluar rumah adalah :

(1) Untuk tujuan menuntut Ilmu Fardhu Ain.

Iaitu untuk tujuan menuntut Ilmu yang perlu bagi dia untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang beriman. Ilmu ini meliputi Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf.

Imam Ghazali menyebut bahawa jika seorang suami boleh mengajar isterinya Ilmu Fardhu ‘Ain, maka haram bagi dia keluar rumahnya untuk belajar di tempat lain.


(2) Untuk tujuan menuntut Ilmu Fardhu Kifayah yang manfaatnya diperlukan oleh wanita.

Ini adalah ilmu Fardhu Kifayah seperti Ilmu perubatan, kedoktoran, jururawat , perguruan dan sepertinya yang sangat diperlukan untuk kebaikan golongan wanita.

(3) Untuk tujuan perubatan.

(4) Untuk tujuan berjual beli yang diharuskan.

(5) Untuk tujuan menyara hidup. (jika tiada yang memberi nafkah untuk hidupnya)

(6) Untuk tujuan2 lain yang tidak boleh tidak memerlukan kehadirannya menurut pandangan syara’.


Sesungguhnya perintah Allah Ta’ala agar wanita tetap tinggal di rumahnya adalah satu penghormatan dan kemuliaan bagi mereka!.

Wanita2 solehah bukanlah bukan bahan murahan yang berjalan ke sana kemari tanpa tujuan yang dibenarkan syara’.
Wanita solehah bukan wanita murahan yang menjadi tontonan lelaki ajnabinya.
Wanita solehah bukan wanita yang membiarkan dirinya di sentuh oleh mata dan pandangan lelaki ajnabinya.

Tetapi mereka adalah permata, mereka adalah mutiara yang tersimpan rapi di kamar kemuliaan Ilahi!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan